Wednesday, January 04, 2012

Monolog Hati : Andai ~

02/08/2011

Maybe this is how it supposed to end. I can't tell either. Not long before, I believed that we're belong together, but maybe Allah has something better for me in future, we broke up. It's just two month but I'm already so fond of him that I have to let him go. It's better to hurt now, than to hurt in the future and I won't be able to get up again. I hope this is the best decision. I didn't want to, but I have to...

....................................................................................................................................................................

27/06/2011


"Mila, makan jom. Kau tak penat ke daripada tadi mengelamun..." tegur Izzah sambil duduk di sofa bersebelahan denganku. "Mengelamun je pun. Mana penat..." balasku dalam nada gurauan. "Ada je nak jawab tau minah sorang ni. Aku cubit kau karang..."housemateku itu memberi amaran sambil tangannya sudah pun bersedia untuk mencubit lenganku. "Oiii, karang kan? Bukan sekarang.. Nanti kau yang aku cubit dulu!" gurauku lagi. Izzah hanya tersengih sambil menghulurkan mangkuk yang berisi buah-buahan yang baru dipotongnya tadi. "Thank you!" ujarku sambil mengambil potongan buah epal dan menyuap buah epal itu ke mulutku. "Macam mana interview tadi? Gilalah kau, baru je balik dari kampung terus pergi sana. Macam manalah kau boleh lupa ada interview. Sengal betul. Otak kau nak kena servis ni. Dah makin berkarat aku rasa."selamba sahaja mulut Izzah memberikan komen. Dengan pantas, aku mencapai bantal kecil di sebelah ku dan mencampakkannya ke muka Izzah. Izzah mengambil semula bantal itu dan berlakunya perang bantal antara kami. "Mila, Adam ada tanya pasal kau tadi. Dia call aku. Tak dapat contact kau dia cakap. Kau ada masalah dengan dia ke?" soal Izzah tiba-tiba lantas mematikan senyumanku. Lama aku memandang Izzah. "Mila...." panggil Izzah. "Takde apa-apalah..." balasku tersenyum dan terus berlalu dari situ.

......................................................................................................................................................................
26/06/2011

Jodoh? Sebagai seorang muslimah, memang 100% aku yakin jodoh itu di tangan Allah. Apalah daya aku andai memang tertulis aku adalah untuknya dan dia adalah untukku. Tapi aku juga percaya aku masih ada hak mencari siapa yang aku mahu untuk mengisi hatiku. Hati dan perasaan, bukan sesuatu yang boleh dihalang-halang. Aku juga sedar, mustahil untuk aku membahagiakan semua orang, termasuk diriku sendiri. Aku mahu mencari bahagia di syurga Allah, tapi aku juga dahagakan bahagia di dunia. Aku terasa berdosa, tapi hati ini. Apa yang harus aku buat dengannya?

21/06/2011

"Assalamualaikum, umi.." ujarku sebaik sahaja menjawab panggilan telefon yang mematikan lamunanku sebentar tadi. "Waalaikumsalam. Kakak balik tak minggu ni? Umi dengan Abi ada hal nak bincang. Abang pun janji dengan Umi nak balik minggu ni."balas suara lembut Umi. "InsyaAllah, mi. Kelas kakak sampai khamis je minggu ni. Jumaat nanti kakak balik kot. Apa-apa nanti kakak inform Umi balik." terangku. Kami berbual-bual seketika sebelum panggilan ditamatkan. "Aunty Dhiah eh?"soal Izzah sebaik sahaja aku menamatkan panggilan itu. Aku hanya mengangkat kening bagi menyiyakan pertanyaan Izzah itu. "Sihat Umi kau tu? Lama tak jenguk sini. Rindu pulak rasa.." ujar Izzah separuh bergurau, mungkin mahu menyakatku kerana dia tahu benar sifatku yang keanak-anakan, tidak mahu 'berkongsi kasih' Umi dengan orang yang bukan ahli keluarga atau teman terdekatku. "Eh, sibuk je dengan Umi orang lain. Rindulah dengan Umi kau sendiri.."balasku, juga dalam nada gurauan. Yang pasti, ini memang sekadar gurauan kerana aku sememangnya rapat dengan Izzah. Umi juga kadangkala akan datang melawatku di sini dengan membawakan makanan yang dimasak dari rumah. Sebagai teman sebilik, semestinya Izzah turut sama berkongsi. Mungkin kerana itu, Izzah agak rapat dengan keluargaku. "Tak baik kedekut ok. Sharing is caring.." balasan Izzah itu membuatkan kami sama-sama ketawa. "Ha, aku dengar nanti ada in-campus interview kan? Untuk budak-budak course kau. Kau join sekali, Mila?" soal Izzah tiba-tiba. "Pergilah kot, insyaAllah. Hari Isnin. Tapi aku balik tau Jumaat ni. Ada hal apa entah Umi aku cakap. Buat suspen je.." omelku. "Oh, ada orang pinang kau kot..." gurau Izzah, sekaligus membuatkan hatiku berdegup. Seperti dapat merasakan sesuatu.

3 comments:

Anonymous said...

hi orange..
i found your blog accidentally..
at first, i found u blog is kinda boring but eventually, i kept on reading and i think it's getting interesting.. this entry, i think it would make a good story based on this first series.. so i anticipated for this series.. but the thing is, this is the 10th time i visit ur blog and u still didnt update the next part of this series, which i hope u do soonest.. pls orange.. dont lose ur fan :)

OrangeWriter said...

hi anonymous..
thanks for your support..
i got a lil busy with my studies, i'm so sorry for not being able to update regularly..
btw, i would prefer if u could use your nickname rather than anonymous, i wanna get closer to the reader in order to meet their expectation :) tq

OrangeWriter said...

hi anonymous..
thanks for your support..
i got a lil busy with my studies, i'm so sorry for not being able to update regularly..
btw, i would prefer if u could use your nickname rather than anonymous, i wanna get closer to the reader in order to meet their expectation :) tq