24/06/2011
Pagi-pagi lagi aku sudah mula bersiap untuk pulang ke rumah. Rasa tidak sabar mahu berjumpa Umi dan Abi walaupun baru 2 minggu lepas Umi dan Abi datang melawatku di hostel. Mungkin kerana inilah Izzah memanggilku super-future-housewife (aku adalah homish person!). Setelah selesai bersiap, aku meminta Izzah untuk menghantarku ke stesen keretapi yang berhampiran. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam setengah membuatkan rinduku semakin membuak-buak. Sampai sahaja dirumah, Umi sedia menyambutku di muka pintu. Tangan Umi kusalam dan aku hadiahkan ciuman didahi dan kedua-dua belah pipi Umi. Umi membalas ciumanku. Aku tersenyum manja sebelum masuk ke dalam rumah."Kakak naik letak barang kejap ye, umi.." ujarku sebelah berlalu untuk menuju ke bilikku. Aku duduk sebentar di atas katil sambil memeluk bantal busuk kesayanganku. Fikiranku dengan segera melayang ke peristiwa pagi tadi sewaktu Izzah menghantarku ke stesen keretapi. Tanpa aku sedar, rupa-rupannya Adam telah berjanji dengan Izzah untuk berjumpa di sana. Adam mengusik mahu mengikut pulang ke kampung. "Jangan melawak sangatlah, Adam." ujarku dalam menahan rasa malu. "Adam tak melawaklah. Mila yang cakap kalau nak serius dengan Mila, kena tackle ayah Mila. Ni dalam usaha nak tackle ayah Milalah ni.." balas Adam selamba. Aku dapat merasakan mukaku semakin panas. Tak dapat aku bayangkan betapa merahnya mukaku ketika itu. Izzah yang berada disebelahku hanya tersengih. "Lain kalilah, terkejut Umi dengan Abi nanti, tiba-tiba ada orang datang macam ni.."balasku tanpa memandang ke arah Adam. Keretapi menghampiri. Aku memboloskan diriku ke dalam perut kenderaan itu sebaik sahaja pintu dibuka.
25/06/2011
"Farid.." lelaki dihadapanku itu memperkenalkan dirinya. Aku hanya menganggukkan sedikit kepalaku. " Mila.." balasku. Suasana diam sebentar. Abangku yang duduk selang dua meja daripada kami sedang leka membaca surat khabar. Aku tidak pasti sama ada benar atau mungkin abangku itu sedang pasang telinga untuk mendengar butir bicara kami. "Awak..."kami bersuara serentak dan kami sama-sama diam kembali. "You first..." ujar Farid semula penuh hemah. Aku senyum. "Awak setuju dengan perkara ni?" soalku tanpa banyak berselindung. Farid tidak terus membalas pertanyaanku. Dia mengeluarkan sekeping gambar lama. Dua pasangan yang ku pasti salah satunya ialah Umi dan Abi, seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan tiga tahun dan seorang bayi lelaki yang di dukung oleh lelaki dari pasangan yang satu lagi. Aku mengambil gambar itu daripada tangannya dan meneliti. "Our parents, yang baby tu saya.." terang Farid tanpa aku minta. "Budak lelaki tu rasanya awak kenal kan? Abang awak.."sambungnya lagi. Aku hanya mengangguk. "Papa dengan Mama hanya bagi saya gambar tu, dan cakap tak lama lagi kita bakal jadi satu keluarga. Saya confuse jugak, tapi lepas Mama terangkan, saya faham.."terangnya lagi. "Dan awak setuju?" soalku lagi. Walaupun aku tahu soalanku kedengaran tidak berhemah, namun aku lebih suka berterus-terang sahaja dalam situasi ini. "Saya percaya Mama dengan Papa tahu apa yang terbaik untuk saya." ringkas sahaja jawpannya namun cukup untuk menggegarkan hatiku. "Walaupun kita tak pernah kenal? Even dalam gambar ni pun saya takde lagi.." ujarku terus memberikan apa saja hujah yang terlintas dikepalaku. Farid melemparkan senyumannya lagi. Kali ini, hatiku sedikit goyah melihat keikhlasan dalam senyumannya itu. "Macam saya cakap tadi, saya percaya dengan Mama dan Papa.." jawapannya itu meninggalkan aku dengan rasa berat di kepala dan hati.

Part 1 || Part 3