“Zara, I have something to tell you. Have some time?” soal Azhan dengan kasual ketika terserempak dengan Zara di tepi dewan kuliah itu. “Sure, baru je habis kelas.” Balas Zara mesra. “Aku balik dululah ye, Zara.” Ujar Siti yang berada di sebelah Zara. “Okay, jumpa esok.” Zara membalas ringkas. Azhan mengajak Zara ke kafeteria. Sebelum mereka bergerak ke sana, ada sepasang mata yang memerhati namun hanya menghantar mereka dengan pandangan mata.
5 hours before..
Nasrul meraup mukanya sambil melepaskan keluhan berat. "What the hell is wrong with you, man?" lancang sahaja mulut Azhan, geram kerana kata-kata Nasrul tadi. Nasrul memandang gelas air di hadapannya dengan pandangan kosong. Dia juga buntu, keliru dengan perasaannya, tidak pasti dengan apa yang diinginkannya. "See, Nas. We were friends, and I hope we still are. Tapi kau...." Azhan tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Tangannya digenggam, dia cuba untuk terus bersabar. "Aku rasa aku memang sayang dia, Han. She's the first, aku tak pernah rasa macam ni dulu. Nadia satu kesalahan besar ....." Nasrul tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila Azhan tiba-tiba bangun dan menumbuk meja. "Kesalahan? Man, I'm speechless!" kasar Azhan menuturkan kata. "Kau kawan aku, Han. Kau kena tolong aku." Nasrul tidak mahu mengalah. "Mulut aku kebas sebab tak dapat nak curse kau. Seriously. Aku kenangkan kau kawan aku dan aku menyesal sebab kita boleh gaduh pasal perempuan. But dude, seriously, kali ni aku takde kat belakang kau untuk support kau lagi. Zara, I love her. You messed with her once, and your chance's gone. Kalau pun satu hari nanti dia tetap pilih kau, tapi aku dah nekad. I'll confess to her, I'll propose her." tegas Azhan. "You didn't mean it, Han.." protes Nasrul sambil memegang bahu Azhan. Dengan pantas, Azhan menolak dan melepaskan tumbukan yang sedari tadi ditahan. "Dude, kau couple dengan Nadia sebab kau malu classmates kau terus ejek kau. Sekali gus kau buatkan Zara macam orang yang terhegeh-hegehkan kau depan mata classmates. Kau tengok macam mana classmates kau treat Zara lepas tu, tapi apa kau buat? Kau ajak Nadia datang lepak dengan classmates kau sebab nak tengok reaksi Zara, bukan nak tenangkan dia tapi kau terus uji dia. Lelaki apa kau ni? But then bila dia dah moved on, kau main tarik tali balik dengan dia, kau makin menjadi-jadi bila aku bagitahu kau, aku ada feeling dekat dia kan? Macam tu ke kawan? Damn! Lepas kelas, aku akan jumpa dia, kalau pun dia tolak aku, aku redha je lepas tu. Sebab aku tahu dan aku yakin aku ikhlas. Lantak kau nak cakap apa!" Azhan menghamburkan kata-kata. Segala amarah yang disimpan terluah. Nasrul menggosok-gosok pipi bekas tumbukan Azhan tadi. Azhan menarik nafas panjang, dia beristighfar seketika kerana sedar kemarahan sedang menguasai diri. "I mean this, dude. Forget her if you really love her." ujar Azhan sebelum berlalu.
Present...
“Good friend? Like goooood friend?” tekan Zara. Azhan mengangguk. Tidak mahu menyembunyikan kebenaran. “Why haven’t you told me before?” soal Zara lagi. “I’ve tried but I think you might misunderstand, so I shut up. Baru gain strength untuk bagitahu awak sebab apa yang saya nak bagitahu lagi lepas ni, buatkan saya kena terus terang dengan awak.” terang Azhan. “Apa lagi?” soal Zara lagi, tenang tetapi ayatnya seperti mengandungi amaran. “Sebelum tu, biar saya explain apa yang saya rasa saya patut explain, boleh?” pinta Azhan. “Pasal siapa lelaki yang awak selalu cerita, memang saya baru tahu sebulan lepas, masa awak tunjuk gambar dia masa kita chat tu. Dia sendiri pun tak pernah bagitahu saya betul-betul siapa awak. Lepas tu, saya memang nak bagitahu awak tapi saya rasa belum masanya. Tapi saya terus tanya Nasrul lepas tu, dan saya dah sure 100% pasal awak berdua. Masa kita jumpa kelmarin, Nasrul tahu saya nak jumpa awak. Oh ye, sebelum awak tanya, let me explain. Kami sama-sama tak tahu macam mana nak bagitahu hal ni dekat awak sebab tu saya ataupun Nasrul takde sebut apa-apa pasal hal ni kat awak.” Terang Azhan. “Okay..” pendek Zara membalas. Masih mahu mendengar penjelasan Azhan. “Did I disappoint you?” soal Azhan risau. Zara tersenyum sedikit. “Nope. Tapi satu benda saya nak tanya, yang awak idle lepas saya tunjuk gambar tu....” Zara tidak dapat menghabiskan ayatnya. “Kebetulan Nasrul datang. Saya terus tanya dia, time tu jugak..” potong Azhan. Zara menganggukkan kepalanya. Puas hati dengan jawapan Azhan. “Satu lagi perkara yang saya nak cakap ni, saya harap awak dengar dan fikirkan rationally. Takde kaitan dengan apa yang berlaku, jauh sekali saya nak manipulate keadaan. Dah lama saya rasa benda ni, sejak kita sama-sama jadi committee dulu..” Azhan bermukadimah sebelum meneruskan kata-katanya. “Depends. InsyaAllah..”balas Zara ikhlas. “I like you. I mean, I have some feeling for you. Yang pasti, bukan sekadar kawan.” Zara sedikit terkejut dengan luahan itu tetapi dia tetap tenang. Degup hatinya yang laju berjaya disembunyikan dengan raut wajahnya yang tidak mudah berubah. “Awak pasti dengan perasaan awak?” soal Zara perlahan. “I do. Saya tak janji yang saya boleh jadi lebih baik daripada Nasrul, tapi saya cuba. Saya ikhlas. I’ll do my best kalau awak bagi chance.” Terang Azhan bersungguh-sungguh. “Sejauh mana awak nak hubungan kita? Berapa lama?” Zara terus menduga. “Berapa lama, saya tak dapat jangka. Sebagai hamba, saya terima takdir Allah. Tapi saya harap dan cuba untuk end up kan hubungan kita dengan something which is marriage, kerana Allah, insyaAllah. Seboleh-bolehnya, I just want you until the end of my breath, saya tak sempurna tapi saya akan cuba yang terbaik untuk awak dan saya sendiri.” Ikhlas Azhan melontarkan kata. “Thanks sebab ada perasaan dan intention macam tu untuk saya. Saya pun hanya hamba Allah, kalau dah takdir, saya boleh buat apa lagi, kan? Tapi buat masa sekarang ni, biar kita tumpukan dengan apa yang penting dulu. We’ll sort things out bila masa dah sampai nanti. Kalau jodoh, tak kemana kan. Buat masa ni, cukup untuk awak tahu yang saya akan hormat perasaan awak tu, dan saya mintak awak hormat juga perasaan dan keputusan saya. Boleh?” Zara membalas penuh hemah. Azhan tersenyum. Senang mendengar jawapan yang keluar daripada bibir gadis di hadapannya itu. “InsyaAllah. Thanks, Zara.” Balas Azhan dengan senyuman yang mekar dibibir. Zara membalas senyuman itu. Tanda mereka menghormati antara satu sama lain.
2 comments:
Hmm.. xexpect ends that way.. not too strong for the ending but at least the short stories is not that cliche..
thanks 4 your anticipation for this series ana,, i admit it myself, the ending is not strong enuff but still as an amateur, i hope u would understand me.. yea, it sounds like an excuse, but i'll try hard to impress u and other reader..thanks ana.. next series is going to be here soon.. hope u'll enjjoy it :)
Post a Comment