~ assalamualaikum , hello , ni hǎo , Halō , annyeong , Konichiwa ...
the sequel <3 ~
Azhan meletakkan keretanya bersebelahan dengan kereta milik Nasrul. Kelihatan Nasrul sudah pun berdiri di hadapan keretanya sambil berpeluk tubuh. “Lama kau tunggu?” soal Azhan sekadar hendak tak hendak. “Tak lama sangat. Zara dah balik?” soal Nasrul kembali. “Habis tu? Kau expect aku bawak Zara sekali ke?” Azhan memerli. Nasrul terbatuk kecil mendengar kata-kata Azhan itu. “Kau serius dengan Zara? Kau memang ada apa-apa dengan dia ke?” Nasrul masih lagi menyoal. “Dan... apa kena mengenanya hal tu dengan kau?” Azhan tegas. “Aku nak pastikan kau ikhlas dengan dia..” jawapan Nasrul membuatkan Azhan ketawa sinis. “ Truthfully speaking, kau nak tahu aku ikhlas dengan dia atau tak atau kau nak cuba cari peluang untuk sakitkan hati dia lagi? Jadi lelaki tu biar ada pegangan sikit boleh tak? Kau masih in a relationship dengan Nadia kan? So, why bother about us?” Azhan cuba mengingatkan dengan nada suara yang masih tenang. “Kau kawan baik aku, Han. Kau tahu apa yang pernah jadi antara aku dengan Zara...”Mendengar penerangan Nasrul itu, Azhan segera mencelah tanpa sempat Narul menghabiskan ayatnya. “Kau dengan Zara tak pernah ada apa-apa. Kau lupa yang kau main-main dengan perasaan Zara? Kau cakap aku kawan baik kau, tapi ada kau dengar cakap aku masa aku suruh kau berhenti dulu?” tegas Azhan. Dia menjadi marah tiba-tiba. “Aku tak main-main...” “Macam tu kau cakap tak main-main? Korang sekelas kan? Kenapa mesti kau nak iyakan bila classmates kau yang lain usik pasal korang berdua? Kenapa kau layan Zara terlalu baik, kau main tarik tali dengan hati dia, lepas tu tiba-tiba, balik daripada praktikal Zara terima kejutan daripada classmates korang, cakap kau dah couple dengan Nadia? Senior korang pulak tu. Dah tu, kau tau yang dia tu kakak kepada kawan baik perempuan yang buat dajal dekat Zara pulak tu....” Azhan mencelah lagi dengan penerangan yang panjang lebar. Nasrul terkedu. “Macam mana kau boleh tahu pasal perempuan tu dan apa yang dia dah buat dengan Zara?” soal Nasrul kehairanan. Azhan tergelak kecil. “Mungkin aku tak sama course dengan korang. Tapi kau lupa ke, aku pernah jadi comittee member untuk orientation junior kita dulu. Zara pun sama kan? Daripada situ, aku mula rapatkan diri aku dengan dia. Tak tahu dari mana mulanya, tapi aku selesa bercerita pasal hal-hal yang aku anggap peribadi dekat Zara and automatically, aku bersyukur sebab dia pun macam tu. Selalu jugak dia bagitahu pasal korang tapi aku tak pernah tahu siapa sebenarnya lelaki yang Zara maksudkan. Hanya tu je yang aku tak tau. Kau pun tahu Zara kan? Dia tak ambil tahu tentang apa-apa yang takde kaitan dengan dia, so dia tak pernah tahu pun aku kawan baik kau. Kalau dia tahu, mungkin dia takkan cerita kat aku. Kau pun, masa cerita pasal budak perempuan yang konon-konon kau ada crush tu, kau tak pernah bagitahu aku dia kawan sekelas kau, so aku tak expect apa-apa. So, nasihat-nasihat yang aku bagi dulu, memang ikhlas. Kalau aku tahu budak yang kau maksudkan tu Zara, dah lama penumbuk yang kau bagi kat aku tadi, dah hinggap kat muka kau dulu.” Panjang lebar Azhan menerangkan. “Maknanya, kau memang baru tahu siapa dia masa kita sibuk dengan final year project tu?” soal Nasrul. “Perlu aku terangkan macam mana aku boleh tahu ke?” sinis ucapan yang keluar daripada mulut Azhan. Nasrul diam. “Sudahlah Nas. Tanya diri kau, apa sebenarnya yang kau nak. Tapi dalam masa yang sama, sedar sikit, bukan semua yang kita nak, kita dapat. Kau kenal aku dah lama kan? Kau tahu yang aku takkan interfere kalau aku tahu perempuan tu Zara daripada mula. Tapi aku dah mula kenal dengan Zara sebelum aku tahu, jujurnya, aku memang ada perasaan kat Zara. Untuk aku back off, dah terlalu lambat. Kau sendiri pun tak pandai nak hargai dia. Kalau pun dia taknak sebarang relationship dengan aku, yang aku tahu, aku ikhlas untuk berkawan dengan dia sekarang.” Terang Azhan sebelum berlalu dari situ.
Leave a comment plz :)
4 comments:
Hye orange.. The story is quite straightforward.. dont get me wrong here.. i love the genre but maybe you can try and put some excitement or more impact at the end of the story so that people will come and visit again n again.. Maybe you can explain more clearly about the each character itself.. looking forward for your work...
Sincerely,
ANA
thnx Ana :) i got it.. i do think it's quite dull too, maybe because i'm not that experienced yet in this area, anyway, thnx for the comment.. i'll try to improvise the story towards the end of the series.. pls anticipate it, n continue supporting me oke dior .. :)
you writing is good but you just need some spice to spark the story up.. try and get inspiration by others experience or story n spice it up in your novel.. its oke to write it slow as long as the story is superb i will be waiting.. :D
noted ! thanx Ana ! to have u here , it's great ~ do comment other entries too ..
Post a Comment