Thursday, December 15, 2011

Zara : Part 1

~ assalamualaikum , hello , ni hǎo , Halō , annyeong , Konichiwa ...
Hi peeps, this is the first original story :) enjoy it .. ~
Nasrul merentap kasar tangan Zara daripada pegangan Azhan. Zara termangu seketika dengan tindakan Nasrul yang tiba-tiba itu. Azhan ketawa sinis melihat gelagat Nasrul. Nasrul yang seakan tercabar dengan reaksi spontan Azhan dengan pantas menghayunkan sebuah tumbukan padu mengenai pipi Azhan. Azhan terjatuh. Zara yang kaku sebentar tadi segera mendapatkan Azhan. Bibir Azhan berdarah akibat tumbukan itu. Zara segera mengeluarkan tisu daripada beg tangannya dan menghulurkan kepada Azhan. Nasrul cuba menarik semula Zara namun Zara segera menepis kasar. “Apa yang kau nak lagi ni? Suka-suka hati tarik tangan aku. Lepas tu ikut sedap hati je kau tumbuk muka anak orang. Kau siapa? Bagus sangat ke?” tengking Zara tanpa mempedulikan orang yang lalu- lalang di situ. Nasrul yang terkejut dengan ‘serangan’ Zara itu hanya terdiam. Melihat Nasrul yang kaku tanpa sebarang tindak balas itu tiba-tiba membakar perasaan marah Zara. Dia bangun lantas menolak tubuh sasa itu. “Kau blah dari sini sekarang. Blah!” tempik Zara. “Zara, aku…” Nasrul tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Zara terlebih dahulu menunjukkan tapak tangannya tepat ke muka Nasrul tanda dia tidak mahukan sebarang penjelasan. “Tak faham bahasa ke apa kau ni? Sudah-sudahlah tu kacau hidup orang lain. Tak puas ke dapat Nadia sorang?” Zara bersuara tegas. Nasrul yang tidak tahu untuk berbuat apa lagi hanya berlalu dari situ. Zara hanya memandang. Nafasnya masih turun naik selepas meluahkan kemarahannya tadi. Azhan yang sejak tadi menjadi pemerhati drama swasta yang dilakonkan tadi memegang bahu Zara. “Rilekslah. Awak Nampak lain sangat sekarang ni? Awak okay tak?” soal Azhan. Zara memandangnya dan mengangguk. “Jom kita pergi Coffee House kat depan tu. You need something to calm you down.” ajak Azhan. Zara hanya mengangguk dan mengekori langkah Azhan. “Awak duduk dulu. I’ll go and buy the drinks.” Ujar Azhan sebaik sahaja mereka sampai di situ. Zara memilih meja yang terletak di sudut Coffee     House itu kerana sedikit tersorok daripada pandangan orang lain. Sepuluh minit kemudian, Azhan kembali dengan minuman buat mereka. “Untuk awak, Vanilla Iced Latte. Good to release your stress..” terang Azhan sambil meletakkan gelas itu di hadapan Zara. “Thanks, awak?” Soal Zara sambil tersenyum. “Ni, Iced Americano..” ujar Azhan sambil menuang simple syrup ke dalam minumannya. Suasana sepi seketika. “Sorry pasal tadi..” Zara bersuara tiba-tiba dan menyebabkan Azhan yang sedang menyedut minumannya sedikit tersedak. Zara segera menghulurkan tisu untuknya. Azhan mengambil tisu itu sambil melemparkan senyuman. “Takde salah pun yang awak buat, so tak perlu minta maaf..” balas Azhan ikhlas. Zara diam sahaja sambil memandang ke luar. “Jangan risau, salah saya jugak tadi. Sakit hati pulak bila dia tarik tangan awak macam tu.” sambung Azhan lagi. “Apa-apapun thanks. Kalau awak tak tarik tangan saya tadi, agaknya motor tu tadi dah langgar saya dah tadi…” rendah sahaja intonasi Zara menuturkan kata-kata. “No big deal. Lagi pun saya kesian kat motor tu nanti. Motor tua. Patah pulak rim dia kalau bertembung dengan awak…” Azhan cuba bergurau, dan dia berjaya membuatkan Zara ketawa kecil. “Mean!” ujar Zara dalam ketawanya. Azhan hanya tersenyum melihat respon daripada Zara. Hatinya lega kerana dapat meredakan ketegangan pada raut wajah gadis yang berada di hadapannya itu. Ketika dalam perjalanan menuju ke kereta untuk pulang, handphone milik Azhan berbunyi tiba-tiba. Dia menjawab panggilan itu segera ketika Zara bergurau mahu melihat gerangan orang yang menghubunginya. “Ada apa? Oh, okay. Nanti aku sampai..” pendek sahaja perbualan telefon itu. Walaupun ada sekelumit perasaan ingin tahu dan pelik dengan cara Azhan menjawab panggilan itu, Zara hanya diam dan terus memboloskan dirinya ke dalam kereta ketika Azhan membukakan pintu untuknya. 
Do comments <3


0 comments: